Last Nite

"Last Nite" ialah sebuah single yang diangkat daripada Is This It, album debut bagi kumpulan garage rock/post-punk, The Strokes.Pada Mac 2005, majalah Q meletakkan "Last Nite" pada kedudukan 66 dalam senarai 100 Trek Gitar Terulung majalah tersebut. Pada September 2006, NME meletakkan "Last Nite" pada kedudukan pertama dalam senarainya bagi 50 Trek Terulung Sepanjang Dekad. Dalam May 2007, majalah NME meletakkan "Last Nite" pada kedudukan ke-9 dalam senarainya untuk 50 Lagu Indie Pujaan Terulung. Satu segmen bagi lagu tersebut digunakan oleh "Weird Al" Yankovic untuk medley polkanya, "Angry White Boy Polka".Sesetengah orang menganggap riff lagu ini serupa dengan lagu "American Girl" Tom Petty and The Heartbreakers. Dalam satu temu ramah dengan Rolling Stone pada tahun 2006, Tom Petty berkata "The Strokes" mengambil 'American Girl' [untuk lagu mereka "Last Nite"], dan saya terlihat sebuah temu ramah bersama mereka di mana mereka mengakuinya. Itu membuatkan saya ketawa terbahak-bahak. Saya pun macam 'Ok, baik untuk kamu.' Saya tidak kisah."[1]Kumpulan ini pada asalnya tidak mahu membuat video muzik. Mereka lebih suka mempersembahkannya secara langsung.